Saturday, January 9, 2016

Perhambaan Rakyat Malaysia di bawah Kepalsuan Ilusi Agama dan Keturunan



Kemalangan boleh terjadi dalam sekelip mata sahaja, mengakibatkan seluruh keluarga menderita selama-lamanya akibat kematian seorang ahli keluarga. Kematian ayah saya pada umur 3 tahun menyebabkan kehidupan saya berubah selama-lamanya - dari kehidupan yang senang menjadi susah dari semua segi. Seperti juga dengan penghapusan pas bulanan LRT secara mengejut tanpa diberi notis, kos pengangkutan yang ditanggung oleh mereka yang bergantung pada pengangkutan awam kini menaik berlipat 2 kali ganda. Kepada mereka yang menghujah tanpa bukti bahawa golongan Cina lebih berpendapatan tinggi dari golongan Melayu, cuba anda bayangkan situasi ini pada masa saya menaiki tren. Seorang lelaki berbangsa Cina lengkap dengan pakaian pejabat, kerap melangkah tidak berarah dalam ruangan tren. Saya sebagai penumpang berasa pening melihat jejak langkah lelaki tersebut kerana tubuh bahasanya memberi pandangan yang akal fikirannya tidak tenteram. Dalam bisik hati, saya berasa kasihan pada lelaki tersebut dengan mukanya yang kelihatan tertekan. Beban kos kehidupan yang melonjak dua kali ganda pada tahun 2015 sahaja di KL menyusahkan semua warga tidak mengira keturunan dan agama. Keturunan di sini bermaksud asal-usul kaum individu seperti Melayu, Cina atau India. Bangsa pula bermaksud negara asal seperti bangsa Malaysia.

Kaum dan agama seseorang itu adalah hak peribadi dalaman individu dan tidak terikat pada entiti ciptaan luaran palsu terutamanya parti politik. Sebagai ahli kepada mana-mana parti politik, anda perlu menilai hasil kerja pemimpin dan bukan kepada retorik hujahannya yang berkait dengan ilusi agama dan keturunan. Agama dan keturunan adalah pegangan peribadi anda dan tidak patut dipengaruhi oleh mana-mana parti politik dan digunakan sebagai umpan untuk menarik kesetiaan seseorang ahli. Yang lebih kritikal adalah sebagai ahli, anda patut menolak sekuat-kuatnya parti politik di mana asasnya adalah terikat pada ilusi bangsa dan agama. Sebabnya adalah jelas - bangsa dan agama adalah sekadar retorik kosong yang senang dimanipulasi oleh pemimpin untuk membutakan mata ahlinya terhadap sebarang kelakuan korupsi.

Harga Naik, Kualiti Mati
Lihatlah kos kehidupan di KL kini. Pada tahun 2015 sahaja, kos kehidupan telah melipat naik sebanyak 50%. Selain dikenakan GST, kos pengangkutan awam terutama sekali LRT di naik kan juga. Harga bagi barangan boleh berubah begitu mendadak sekali. Jika begitu, kenapa institusi kerajaan kita tak boleh diubahkan? Ini adalah disebabkan oleh penyokong buta seperti anda yang senang dimanipulasikan - gunakan retorik agama dan bangsa sahaja dan (selitkan dengan janji kemewahan), semua orang takut dan diam. Orang Malaysia tiada budaya sebenarnya, hanya budaya ketakutan dan sifat berdiam. Kelemahan manusia begitu jelas sekali kini melihatkan bagaimana kita sebagai rakyat boleh menerima kenaikan tambang LRT dan GST begitu senang sahaja. Harga hanya boleh dinaikkan jika kualiti hidup meningkat. Tetapi di Malaysia, harga naik tapi kualiti mati.

Skop Ilmu Terhad Pada Agama dan Kaum
Tak pernahkan anda pernah berfikir ke mana perginya aliran wang yang dikenakan oleh rakyat biasa seperti anda dan saya? Politik di Malaysia dipandang rendah oleh negara luar kerana isu yang dibawanya hanya bertumpu kepada agama dan keturunan. Ada kesahihan kepada pandangan mereka. Isu agama dan keturunan sebenarnya bukan isu sekali - tetapi kita sendiri yang mengheboh-hebohkan perkara kecil sehingga besar. Yang sejuta kali lagi penting dari agama dan keturunan adalah di manakah perginya kemanusiaan? Ini kerana ahli politik yang berhujah mengenai ilusi agama dan kebesaran keturunan hanya mementingkan hak mereka untuk menyalahgunakan kuasa menerusi agama dan keturunan. Skop ilmu pemimpin kita terhad dan tidak boleh lari dari isu agama dan keturunan. Hanya ilmu agama dan retorik keturunan sahaja yang mereka mahir. Disuruh oleh pihak pembangkang untuk menunjuk bukti dan aliran kewangan negara - terus menjerit yampah diselit dengan retorik kepalsuan. Cuba bayangkan jika bajet untuk pembangunan agama dan keturunan sebanyak RM1 bilion boleh ditukar-alirkan untuk menolong golongan miskin seperti anda dan saya? Apa gunanya agama dan keturunan dibangunkan sedangkan rakyat tak ade kerja dengan gaji yang setimpal? Apa gunanya hanya keturunan dibangunkan sedangkan sedikit pun ilmu mengenai kemanusian, demokrasi, transparensi, kebebasan untuk melakar cara hidup sendiri dan hak asasi manusia tersekat? Pembangunan agama dan keturunan adalah terletak di tangan individu, bukan pada mana-mana institusi, parti politik atau ketua. Sebuah parti politik yang kini dikuasai oleh mata wang dan kapital, akan terus mengunakan propaganda palsu untuk menguasai minda ahli-ahlinya yang lemah.

Untuk artikel lain mengenai ISU SEMASA, sila klik bawah:
Humiliation Culture that targets on Chinese
The Power of Joyful vs Joyless
The Violent Nature of Malaysian Society
Zaman Gemilang Ma-Lu-Gua
Why a Chinese person should eat at Chinese restaurant
The Great Malaysian Tragedy
5 Foibles Committed by Political Leaders
Street Protests
The Age of Haters
The Over Emphasis of Hardware over Software
How My "Friend" Make Plus-sized Looks Bad
City Folks' Sitting Culture (BM)
How to Identify Monsters Anywhere
Habits of Local Talent (BM)
Lessons learned from "Friends"
Malaysian "Mega-Structures" Hits and Misses

Budaya Suka Berbising, Mengancam
Dengan persepsi palsu mengenai kebesaran agama dan keturunan masing-masing, maka wujudnya satu golongan yang berhasrat untuk memimpin jalan hidup ahli-ahlinya menerusi budaya buat bising. Sedikit sahaja isu dibising-bisingkan di bawah nama agama dan keturunan. Golongan ini menyangka diri mereka elit, suci, dipilih oleh Tuhan dan mengharapkan penghormatan tanpa usaha. Tetapi hakikatnya, itu semuanya kepalsuan. Yang perlu diingat, golongan ini hanya cakap besar berbising tetapi tidak tahu melaksanakan apa-apa usaha untuk kebaikan rakyat. Selain dari bercakap besar dan merendahkan status kaum dan agama lain darinya, golongan ini suka menilai orang menerusi budaya, agama dan rupa fizikal. Budaya buat bising ini selalu berselindung di bawah ilusi kebesaran agama dan keturunannya. Golongan ini berjaya mengawal ahli yang sekaum dan seagama dengannya dengan menjanjikan pelbagai kepalsuan seperti kemewahan kontrak atau jaminan perlindungan menerusi nada suara yang tinggi, mengancam dan menghasilkan tanggapan palsu terhadap kaum lain, terutamanya kaum Cina.

Harapan Buta Pada Agama dan Keturunan
Sudah sekian lama rakyat Malaysia berlena di bawah ilusi propaganda agama dan keturunannya akan dipelihara dan dijaga. Dalam masa tersebut, bayangkan berapa datuk dan datin sudah menjadi kaya mencuri kapital dan masa keemasan rakyat di bawah ilusi tersebut. Hanya apabila kos kehidupan berlipat ganda baru kita terbangun dari ilusi dan tersedar akhirnya rakyat yang menjadi hamba pekerja di bawah diktator yang bernama ekonomi baru yang merupakan satu lagi kepalsuan sekategori dengan agama dan keturunan. Ekonomi baru ini yang tiada tempat untuk golongan seperti anda dan saya yang dilahirkan tak bernama dan tiada ikatan politik. Sedangkan pemimpin kita asyik mengutuk kapitalisme Amerika Syarikat di hadapan media, di belakang pula lain ceritanya. Jika betul-betul mengutuk kapitalisme, kenapa pembangunan yang begitu mendadak sekali tanpa kenaikan gaji yang setimpal bagi semua rakyat? Kenapa selalu menjemput pelaburan asing, terutamanya Amerika Syarikat atau China apabila di belakang pemimpin kita menghasut keburukan negara tersebut? Semuanya palsu. Jika bukan kapitalisme yang korup, kenapa kos kehidupan terus melambung naik dan tak pernah turun? Agama dan keturunan tidak dapat menyelamatkan rakyat Malaysia dari terus menjunam turun kualiti hidup.

Ada Akal, Tapi Tak Mahu Berfikir
Parti politik yang berasaskan keturunan dan agama seterusnya pasti akan menghapuskan perpaduan di antara kaum. Ini disebabkan ahli parti tersebut sokong kepada pemimpinnya yang berisi wang dan bukan hasil kerjanya. Jika parti UMNO bukan parti yang mementingkan kewangan, kenapa ketuanya terpaksa menerima dermaan berbilion untuk mengekalkan tempatnya sebagai presiden? Ahli yang buta hanya menilai berdasarkan keturunan dan agama pemimpin tersebut dan bukan keupayaannya untuk menjamin kesejahteraan rakyat yang maksimum dan kebebasan demokratik negara secara keseluruhannya, tanpa mengira keturunan dan agama. Kenapa seseorang yang bukan Melayu tidak boleh memegang jawatan Perdana Menteri? Ahli senang terpegun dengan kepalsuan yang terpapar pada kulit luarannya dan bukan isi kemanusiaan. Jika menyebut Cina yang tak masuk MCA, seterusnya dilabelkan Cina DAP tanpa berfikir bahawa ada golongan Cina yang langsung tidak menyokong mana-mana pihak politik pun. Lagi menyakitkan hati ialah di golongan Melayu sudah ada pra-sangka terhadap kaum Cina yang disangka semuanya "kaya", sedangkan golongan miskin di golongan masyarakat Cina sudah meningkat dari tahun ke tahun. Gejala kemiskinan tidak mengenal keturunan atau agama. Kemalasan rakyat Malaysia sendiri untuk menilai, berfikir, menyoal dan bertindak adalah punca daripada terlena kesyiokan diri dalam ilusi kebesaran keturunan dan agama masing-masing. Orang kampung pula mempunyai pandangan tersisih dari realiti bahawa kos kehidupan tinggi adalah gejala orang bandar. Mendengar pendapat orang kampung yang tidak apa dan terus menerima apa yang ada merupakan tanda yang mereka masih di bawah lena propaganda palsu agama dan keturunan. Ada mata, tetapi tak mahu pandang. Ada akal, tetapi tak mahu berfikir.

All my social media to Follow and Like ♡
☆ Facebook: krislawcc
☆ Instagram: krislawcc
☆ Twitter: krislawcc

Terpedaya oleh Kebesaran Diri
Ramai sekali orang Malaysia yang tidur lena dengan propaganda luaran yang telah meresap ke dalam kehidupan mereka seharian. Sikap tidak-apa, cukup makan sudah dan ikut sahaja adalah sifat kelahiran dari ilusi agama dan bangsa. Propaganda agama dan keturunan mengelilingi kehidupan masyarakat Malaysia seharian - membutakan mata mereka kepada isu kemajuan diri yang sebenar dan bebas dari genggaman ilusi agama dan keturunan. Apabila agama dan keturunan dimegah-megahkan, maka ramai yang jatuh kepada ilusi kebesaran dan keutamaan diri mereka sehingga kemahiran berkomunikasi seperti manusia biasa diabaikan dan hieraki ketuanan mengambil alih. Ambil contoh insiden yang berlaku di rumah saya. Jiran yang duduk sebaris, suami dia berpakaian alim bagai ustaz tinggi dengan kopiah dan baju panjangnya. Apabila saya datang bersapa dan bertanya adakah anaknya yang menconteng dinding rumah saya, terus dia menjerit mengamok menghalau saya dari ruang rumahnya - sehingga semua jiran keluar untuk melihat apa yang berlaku. Sikap dan sifat kemanusiaan diabaikan apabila ilusi kebesaran dan keutamaan dirinya dirasakan "terancam" kerana mempercayai ilusi kebesaran agama dan keturunannya. Satu contoh adalah peniaga di Low Yat dan Kotaraya yang menipu penggunanya. Disebabkan oleh kepercayaan kepada kepalsuan kebesaran agama dan keturunannya, maka ada golongan mengamok di sana untuk mempertahankan "maruah" bangsa dan agamanya. Ini semua satu sandiwara kepalsuan, sedangkan ramai lagi pengguna Cina juga tertipu dan teraniaya oleh sikap tidak jujur peniaga di sana. Saya sendiri pernah ditipu oleh peniaga di Low Yat, tetapi perlukah saya mengamok menggunakan retorik kepalsuan perkauman?

Yang Kecil Dibesar-besarkan
Yang tidak terfikir oleh lelaki pengamok jiran saya dan pengamok-pengamok di Lowyat/Kotaraya sebegini adalah reaksinya telah memberikan pandangan yang negatif kepada semua ustazah dan keturunannya sendiri. Perkara biasa seperti jiran datang bertanya dilihatkan sebagai insiden pengancaman besar tanpa berfikir yang ini hanya sekadar jiran yang cuma ingin menjalin silaturahim - bukan mengancam. Jika tiada pembeli yang tamak inginkan harga murah, bagaimanakah pula adanya peniaga yang tidak jujur? Pemahaman kemanusiaan hilang diakibatkan oleh ilusi kebesaran diri yang berdasarkan pada agama dan keturunan, maka lahirnya pandangan negatif terhadap kaum lain. Menjaga maruah sendiri bukan dengan cara menjatuhkan maruah orang lain. Keturunan dan agama yang menjatuhkan keturunan dan agama kaum lain adalah palsu. Maruah sebenar adalah menjalankan kehidupan yang berdasarkan kepada prinsip kemanusiaan, dan bukan pada kepalsuan retorik kemegahan keturunan dan agama anda. Sempena tahun baru ini, tolong ambilkan cermin dan lihat diri anda sebelum menilai orang lain. Kebesaran dan kemegahan agama dan keturunan anda akan diperkecilkan oleh Tuhan anda sendiri kerana semua manusia adalah dilahirkan fana dan berdosa. Semua kemegahan dan kebesaran anda adalah ilusi semata-matanya - dan di dalam sekelip mata sahaja bertukar menjadi debu yang tidak bernilai dibersihkan oleh tiupan angin. Dan semua manusia, tidak kira agama, keturunan, seksualiti atau rupa fizikalnya adalah setaraf dalam pandangan Tuhan. Maka, kita semua perlu melihat diri sebagai bangsa Malaysia dan bukan bertumpu pada keturunan atau agama seseorang. Satu bangsa Malaysia dinaikkan taraf hidup bersama kurangkan kos hidup, semua rakyat merangkumi semua keturunan dan agama turut dinaikkan juga.

Cuma manusia tamak yang mahu menaikkan kebesaran dan kepentingannya menerusi ilusi agama dan keturunan. JANGAN TERPEDAYA!

Selain dari menaikkan kos hidup rakyat, PM seharusnya melaksanakan langkah di bawah untuk menjimat kos operasi kabinetnya:
1. Hapuskan semua kementerian yang berkaitan dengan pembangunan bangsa dan agama.
2. Pecatkan semua kakitangan kerajaan yang tidak efisien dan makan gaji buta.
3. Gunakan dermaan PM untuk menjana lebih peluang pekerjaan bagi semua rakyat terutamanya golongan miskin seperti anda dan saya.




THANK YOU! If you enjoy my blog, kindly click "Join this site" button on the left side of this page AND 

*Click Like on my Official Facebook

*For enquiry about my coaching and requests to write and feature your product/services here in my blog, kindly click Email

CREDENTIALS:
* BMW Film Awards Best Actor
* Jury Duty
Worldwide Photo Exhibit
Endorsement Value
World Cup KFC commercial
Controversial but Most-Watched Episode
The Golden Shorts Fame