Thursday, August 8, 2013

Zaman Gemilang Budaya "Ma-Lu-Gua" - Selamat Datang. Di manakah hilangnya Kebijaksanaan dan Keberanian Menyatukan Kemanusiaan Sejagat?

TERIMA KASIH! Bagi mereka yang meminati blog saya, sila klik butang "Join this site" di sebelah kiri muka surat  DAN klik "Like" pada official Facebook page 
*Klik "Like" pada Official Facebook dan follow Twitter
*Bagi permintaan pengiklanan produk/perkhidmatan dalam blog saya, sila Email

Di mana situ ada permulaan, di situ juga ada pengakhirannya. Sebagai seorang artis antarabangsa yang diberikan pengiktirafan Pelakon Terbaik dan juri bagi Anugerah Skrin, menjadi semakin jelasnya tanggungjawab saya sebagai anak seni tanahair yang terabai (atas dasar kepintaran saya, agama dan budaya? Rupa kita sama sahaja - orang Asia) untuk melahirkan satu ulasan ikhlas, bernas dan jelas demi menyatukan negara kesayangan kita. Walaupun kekurangan sumber kewangan, (dengan ambisi rahsia ingin menjadi sekaya Dr. Mahathir. Hanya orang susah sahaja yang mampu menulis ulasan bernas, bukan orang kaya), Kris menganggap diri cukup bertuah kerana pernah berkawan dengan rakan Melayu yang tidak memandang rendah kepada Kris. Kehidupan Kris yang susah mencari makan sebagai artis bukan saya seorang sahaja, malah jika dilihat secara makro melibatkan perhubungan antara kaum. Sejak kebelakangan ini, perhubungan antara kaum Cina dan Melayu dalam media berkelihatan menjadi semakin kurang rapat silaturahimnya. Semua masalah dan derita dalam dunia ini adalah ciptaan manusia itu sendiri, tidak kira bangsa, agama dan negara asal manusia itu tersebut. Masalah dan derita yang dihadapi oleh golongan kaum Cina adalah sama dengan golongan Melayu pada asasnya. Dan yang paling ironik adalah bila tuduhan punca "masalah" atau "gejala" tersebut adalah khusus ditujukan pada golongan kaum dan bukan pada individu tertentu menyebabkan orang yang tidak bersalah contohnya artis bukan Melayu tetapi hanya fasih Bahasa Melayu sahaja seperti saya ini - dijadikan mangsa. Objektif utama pengelolaan tulisan ini adalah untuk kita menentukan apakah faktor psikologi yang mengakibatkan keruntuhan komunikasi dan sosial antara kaum, yang pada asasnya adalah bertumpu hanya pada kelemahan manusia itu sendiri.


Media Sempit
Kekosongan ruang komunikasi yang terbesar dan paling diabaikan perhatian oleh industri hiburan tempatan adalah menciptakan karya yang menunjukkan kepintaran interaksi dan komunikasi yang sebenar antara semua kaum, bukan hanya pada dasar permukaan yang kosmetik sahaja. Representasi sebenar antara kaum yang berbeza dalam satu drama dalam bahasa kebangsaan iaitu bahasa Malaysia, contohnya, akan sekurang-kurangnya "menyatukan" pemandangan makro rakyat pada satu negara, iaitu negara Malaysia, dan bukannya dipecahkan kepada kategori Melayu, Cina dan India. Disebabkan tiadanya satu drama atau filem yang menyatukan golongan kaum yang berbeza dalam satu konteks Malaysia yang moden (tidak termasuk filem sejarah atau lagenda), maka lahirnya pelbagai kes prasangka dan sikap buruk yang telah terserap dalam budaya Malaysia kita kini. Adakah apa yang kita faham mengenai kaum lain datang dari berita tempatan dan olahan pendapat ahli politik yang duduk di kementerian kerajaan sahaja? Apa terjadi dengan olahan pemikiran individu yang tidak tercemar oleh pengaruh agama, budaya dan politik?

Sebagai artis yang pernah berinteraksi dengan pengarah antarabangsa, Kris mula memahami "perbezaan" cara budaya antarabangsa dan tempatan. Sebenarnya pada asas, tiada perbezaan langsung! Tetapi satu perkara yang ketara sekali ialah kebanyakan rakan tempatan melaung dalam gejala ketakutan yang tersekat oleh garisan budaya dan agama masing-masing. Contohnya perkara remeh temeh seperti pakaian boleh diheboh hebohkan menjadi perkara terbesar. "Awak pakai begini, bahaya tu". Perkara perkara kecil pasal orang lain diambil kira dengan seberat-beratnya sehingga ingin menghukum mati sedangkan pernilaian diri sendiri pun tidak pandai lagi. Itu lah bak kekata, tak pandai berjalan sudah mahu berlari. Letakkan tuduhan pada kekurangan pendidikan diri bukan atas nilai mengembangkan minda tetapi hanya sekadar atas nilai kertas ijazah sahaja.

Prasangka Negatif
Kekurangan pemandangan rakyat Malaysia yang terhad mengakibatkan kaum yang hanya bertumpu pada kaum masing-masing. Ini bukan salah mana-mana pihak. Ambil contoh masa Kris ingin sewakan bilik pada orang luar. Kris tidak meletakkan kriteria bangsa mana pun dalam iklan, tetapi terbuka kepada sesiapa sahaja. Pernah menyewakan bilik kepada lelaki Melayu, telah tandatangi kontrak, tetapi akhirnya berpindah tanpa memulangkan kunci, malah mencuri pun ada. Kedegilan si penyewa bilik tersebut tidak mengikuti kontrak, dicemari lagi oleh prasangka perkauman sebenarnya mencerminkan tahap mentaliti rakyat Malaysia yang semakin berleluasa. Dari pihak saya yang cuba ingin beramah mesra pun tidak membawa apa-apa kesan disebabkan prasangka yang "semua Cina adalah penipu." Di sebelah pagar pemisahan itu pula kebanyakan kaum Cina pun takut untuk menyewakan rumah atau bilik kepada kaum lain, atas alasan tidak ingin mencetuskan apa-apa situasi yang berkonflik. Pada pandangan personal Kris, "konflik" itu sepatutnya dialu-alukan oleh semua pihak, kerana dari situ kita dapat mempelajari antara satu sama lain. Sedihnya, kebanyakan rakyat Malaysia lebih inginkan keamanan di tahap kosmetik yang palsu sahaja (seperti berdiam-diam baik) dari bertembung tembok sehingga mencapai persefahaman yang tulen. Jika dia tak mahu berkawan dengan aku, buat apa aku susahkan diri?

Kepelbagaian itu Rempah Hidup
Cuba bayangkan anda duduk di Malaysia yang hanya terdiri dari satu kaum sahaja. Siapa yang dapat bertahan untuk berdepan dengan orang yang sama dengan kita, cara hidup pun sama dengan kita dan semua aspek lain sama dengan kita? Kepelbagaian adalah rempah hidup. Filem yang Kris tonton di pawagam pun bukan cerita Cina. Cerita Melayu tengok juga. Sebagai bekas juri bagi Anugerah Skrin , Kris faham cara lakonan pelakon tempatan. Yang sedihnya adalah Kris sendiri merupakan salah seorang artis bukan Melayu yang rasa teramat serba salah apabila terlalu banyak menonton filem Melayu. Serba salah disebabkan rasa ada udang di sebalik batu pelakon profil seperti Kris ini "tidak sesuai" diletakkan sebagai pelakon utama dalam filem tempatan oleh produser dan pengarah filem tempatan - satu andaian boikot yang dikuatkuasakan oleh anasir politik perkauman? Juga adalah mustahil bagi Kris terus menyokong filem tempatan sedangkan industri tempatan tidak menyokong pelakon seperti diri ini, maka terpaksa lebarkan sayap dan mencuba nasib di luar negara dengan hati yang berat.

Bernafas Dalam Tempurung Asing
Hati berat kerana setiap filem komedi tempatan ditonton dapat meluahkan ketawa dalam diri, tetapi diri ini tidak dirasakan erat dengan penghuni dan pembuat filem tersebut. Hati berat kerana adanya tuduhan dilemparkan bahawa diri ini tidak fasih dengan budaya tempatan dengan niat untuk asingkan diri daripada kelompok, walaupun di awal kerjaya sebagai artis, diri ini menerima setiap watak tak kira besar kecilnya dengan harapan berpaut di hati agar suatu hari kelak filem Malaysia berupa sebenar-benarnya Malaysia dan tidak distereotaipkan kaum Cina, India dan Melayu. Kata pepatah, orang memberi, kita terima. Tetapi apa terjadi apabila orang yang mengasingkan kita? Jawapannya ialah kita boikot sahaja, habis cerita? Tak perlu susah susah kita menyoalkan pasal sokong produk tempatan itu dan ini. Jika produk memang dah tidak bagus (definisi bagus itu ikut individu masing-masing), setinggi bukit persoalan kualiti menaik hilang makna gunanya. Buktinya sama, dan orang kita tak sebodoh-bodohnya merima apa yang dipaparkan di skrin pawagam atau TV.

Perkembangan sumber manusia, bakat dan semua industri terbantut akibat politik perkauman. Gejala mengasing dari kaum lain dan bertumpu pada kaum masing-masing mengakibatkan daya usaha dan kreatif menjadi terhad. Bertambah buruk lagi adalah sikap membolot dan memboikot antara satu sama lain. Sikap ingin menjatuhkan orang lain mengatasi sikap membina diri. Falsafah mengumpul harta mengalahkan falsafah membina minda yang seterusnya melahirkan identiti diri yang lebih sihat ditumpaskan senang sekali oleh gejala politik perkauman. Kini, identiti diri kita terletak pada paksaan agama, budaya ciptaan media kosmetik, sosial cetek dan ketamakan orang lain, sehingga pernah berlaku orang membolot imej tanpa persetujuan dalam Facebook untuk naikkan jenama mereka.

Di manakah Lelaki Sejati kita?
Hasil dari semua paksaan yang berlahir dari politik perkauman tersebut, maka hasilnya kekurangan lelaki sejati untuk mengetuai industri, jabatan dan kerajaan di Malaysia kini. Jika adanya seorang lelaki yang sejati, dia tidak melahirkan tuduhan atau mengada-adakan senario untuk memperbesarkan egonya sendiri bagai permaisuri drama di atas takhta indera kayangannya. Adakah politik perkauman telah melahirkan satu golongan lelaki yang kurang sejati? Lelaki sejati akan mempeliharakan mereka yang tertindas tanpa mengambil kira bangsa, agama dan tahap sosial. Lelaki sejati tidak akan memperbesarkan haknya untuk mempertuankan dirinya ke atas golongan minoriti lain, tetapi sebaliknya akan merendahkan dirinya ke tahap yang setimpal dengan semua umat manusia ciptaan Tuhan yang serba kekurangan. Tetapi hakikatnya ialah, kebanyakan golongan, khususnya yang lelaki metroseksual khususnya yang dipercayai gay Melayu melihatkan diri mereka sebagai jauh lebih sempurna, berkuasa dan ramai orang mengila-gilakan status mereka. Di mana perginya lelaki sejati kita? Lebih perhatian diberikan kepada mereka, maka lebih mengembang ego. Terpaksa juga boikot, demi maruah diri tidak tercemar dengan cemburu kosong? Apa yang disangka "menjual" sebenarnya menjaja kekosongan.

Jangan salah tafsirkan lelaki sejati ini dengan seseorang yang berbadan tinggi, berkahwin, ada anak, berkelakuan macho ganas dan berketul-ketul ototnya. Definisi lelaki sejati ialah dia berani melakukan perkara yang betul dan benar. Lelaki sejati ini tidak akan mementingkan dan mempergunakan perkara yang remeh temeh kosmetik atau isu perkauman demi manfaat dirinya yang tamak. Contoh ketara seperti isu agama dan budaya diperbesarkan demi untuk mengasingkan antara kaum. Sebenarnya, semua isu ini diperbuatkan oleh manusia itu sendiri, maka penderitaan itu juga dicipta oleh diri sendiri, bukan oleh kaum lain semata-mata.

Jika tak bole menyoal, buat apa belajar tinggi-tinggi?
Setitik nila merosakkan susu sebelanga? Bukan semua peribahasa kita patut terima secara bulat-bulat. Semua manusia melakukan kesilapan. Persepsi kita melabelkan seseorang individu itu sebagai Melayu atau Cina, menunjukkan kecetekan pemikiran kita yang hanya mengambil bulat-bulat semua pengajaran atau peribahasa yang diturunkan. Peribahasa seperti di atas menimbulkan pelbagai reaksi yang dari sumber akarnya ialah takut. Dari perasaan takut untuk membuat salah, maka seterusnya hilang keinginan untuk mencuba untuk memahami punca kelemahan manusia itu sendiri. Maka generalisasi dilemparkan kepada satu kaum yang khusus, atau gelagat cara pemakaian seseorang individu yang dinampakkan lebih lemah. Fizikal seseorang tersebut dari segi kaum, agama, status dan pakaian menumpaskan faktor kemanusiaan seperti daya usaha, bakat dan landasan pencapaian. Fenomena ini adalah teramat ketara sekali dalam industri hiburan Malaysia. Walaupun bakat semua ada, kerja tak datang malah diboikot berasaskan pada sebab yang tidak masuk akal, remeh temeh dan tidak munasabah.

Kesempurnaan yang Ekstremis
Segala pencapaian manusia sebenarnya datang dari membuat apa yang dipersepsikan  itu "kesilapan". Tiada seorang pun yang suci dalam dunia ini, walaupun dia pakai tudung ke, kopiah ke, headset Beats ke, songkok ke ataupun topi koboi. Masalah timbul apabila kita mempunyai persepsi sengoh seseorang yang beragama, berbudaya atau berpendidikan tinggi, seperti mana tiada kesalahan atau kesilapan akan timbul. Segala-galanya mesti seratus peratus bersih, suci dan sempurna. Mentaliti kesempurnaan sebegini yang menyebabkan pelbagai masalah timbul dari segi sosial, politik dan ekonomi. Mentaliti kesempurnaan ini adalah pemikiran yang sempit dan satu hala. Apabila ada orang menyoal kesahihan kesempurnaan itu, maka pengasas konsep "kesempurnaan" atau "kesucian" tersebut akan menaikkan dirinya yang kurang sempurna itu dengan menyempitkan lagi pemandangan dunia sehingga tiada seorang pun berhak dan berani menyoal melalui pelbagai cara - penguatkuasaan undang-undang atau pelancaran aktiviti budaya khusus bagi satu golongan sahaja.

Manusia itu bukan pulau
Hanya manusia yang paling menjijikkan yang akan mengasingkan diri mereka dari umat manusia lain berdasarkan agama, bangsa dan budaya. Isu perkauman adalah perasaan dendam terhadap kaum lain yang tidak berasas pada bukti realistik dan berdasarkan pada cerita sejarah ciptaan manusia yang hanya pentingkan ketamakan nafsu untuk lebih berkuasa. Manusia sebegini sebenarnya terdiri daripada golongan minoriti Malaysia sahaja. Segolongan besar majoriti rakyat Malaysia langsung tidak mempunyai rasa pengasingan dari kaum lain, dan lebih mementingkan keamanan hidup. Disebabkan oleh penguasaan golongan minoriti sebegini dari semua aspek pengaruh kehidupan Malaysia terutamanya industri media, pendidikan dan penguatkuasaan undang-undang, maka lahirlah golongan anak muda yang tidak erti berhubung dengan golongan kaum lain atas perasaan takut dan dikelabui kebutaan yang kehilangan pelita pengetahuan - satu kecacatan yang menjadi semakin ketara. Golongan muda yang asyik berdepan di cermin lebih mementingkan stail rambut dan fesyen pakaian daripada memajukan diri dalam komunikasi dengan orang lain demi untuk memahami kelemahan dan kekuatan diri. Filem gangster mencetekkan dan menghadkan lagi cara pemahaman sesama manusia menerusi keganasan berlawan dan cara bertutur kepada "ma", "lu" dan "gua". Penekanan terhadap stail dan fesyen materialistik mencetuskan pelbagai perasaan negatif seperti cemburu yang tidak berakhiran dan kehilangan sabar apabila timbulnya orang lain yang lebih berkualiti dan lebih berjaya dari kaum lain. Maka dendam ingin menjatuhkan atau menghadkan tahap pencapaian seseorang itu dikuatkuasakan demi menjaga taraf diri yang tak seberapa dan sederhana itu.

Seperti dalam filem Hollywood "Godfather, di mana ketua gangster menjadi dalang kepada semua kedahsyatan yang dialami oleh keluarganya. Manusia yang menjijikkan sebegini, demi mengabsolusi semua perbuatan dan dosa menjijikkan itu akan lebih merapatkan diri mereka kepada agamanya iaitu katolik (dalam konteks tempatan pula agama lain) - dengan harapan untuk "membersihkan" diri mereka daripada semua dosa yang dilakukan. Dengan menyelubungi diri dengan kain budaya, golongan ini berharap dapat menutupkan segala hipokrisi diri - demi untuk menunjukkan bahawa diri mereka lah adalah lebih tinggi taraf dari umat manusia "lemah" yang lain menerusi keganasan berlawan dan menjerit"ma-lu-gua". Kebanyakan golongan ini gemar memandang rendah pada orang lain, menjerit arahan kepada orang lain, mengutamakan kesempurnaan ekstremis dan tidak erti menujukan jari telunjuk sendiri ke arah dirinya yang sebenarnya tiada perbezaan dari umat manusia yang lain - malah lebih buruk lagi dari mereka yang disalahkan.

Formula Ekstemis 
Fobia utama di golongan mereka yang tamak dan pentingkan diri ialah mereka selalu fikirkan orang lain akan merampas harta mereka atau cakapkan buruk pasal mereka. Ini seperti artis Malaysia yang sangka dirinya sudah popular disebabkan mukanya asyik keluar TV atau majalah, maka orang lain akan gosipkan mereka yang dah "popular" tu. Saya juga pernah kena fobia seperti ini melalui Media Cetak. Fobia ini juga terserap di arena politik perkauman. Jika nak tanya baik, mereka sangka kita sibuk. Jika nak buat kritikan bernas, maka kita dilabelkan "seditious". Sama juga dengan industri filem tempatan. Semua ini adalah sindrom fobia yang terikat dengan diri mereka yang sengaja diperbesar-besarkan dan diperlihatkan seperti orang (atau kaum lain) ingin menjatuhkan, menghina atau merampas hak mereka. Sedangkan dalam realiti, tiada seorang ingin hiraukan pun. Engkau nak jerit, jerit lah. Engkau nak cari lawan, cari lah. Hakikatnya, majoriti rakyat Malaysia inginkan keamanan, dapat cari makan setimpal dengan usaha dan kredibiliti yang susah payah dibinakan. Masalah masyarakat kita bukan pasal soal perkauman semata-mata, tetapi lebih makro daripada itu, iaitu pemberian kerja, dalam konteks dunia hiburan pemberian kontrak berlakon filem kepada pelakon yang betul-betul berhak menerimanya tanpa mangambil kira bangsa dan agama - kita semua anak Malaysia.

Di bawah adalah ringkasan mentaliti Malaysia yang perlu dihapuskan demi masa depan negara kita:
1) Mentaliti dunia ketiga tapi ingin menguasai semua
2) Soal-menyoal dan pergaulan bebas sesama kaum lain tidak digalakkan
3) Hanya satu yang bermahajarela, yang lain semua salah. Ekstremis....

Dengan itu, ingin ucapkan SELAMAT HARI RAYA

Untuk baca artikel lain mengenai kelemahan umat manusia, klik di bawah:
Why a Chinese person should eat at Chinese restaurant
The Great Malaysian Tragedy
5 Foibles Committed by Political Leaders
Street Protests
The Age of Haters
The Over Emphasis of Hardware over Software
How My "Friend" Make Plus-sized Looks Bad
City Folks' Sitting Culture (BM)
How to Identify Monsters Anywhere
Habits of Local Talent (BM)
Lessons learned from "Friends"
Malaysian "Mega-Structures" Hits and Misses