Wednesday, July 17, 2013

Petua membeli di pasar ramadan secara bijak dan menjimat (BM)

If you like my blog, kindly click "Join this site" button on the left side of this page AND 
Click "Like" on my official Facebook page 
Twitter: # krislawworld
Email: krislawfanclub@gmail.com

Bulan ramadan ini dipenuhi dengan pelbagai pasar ramadan yang bertaburan di merata-rata bagai cendawan berputik waktu musim hujan. Pilihan juadah buka raya pun beribu-ribu jenis menyebabkan kekeliruan bagi mereka yang ingin mencari juadah yang sesuai. Disebabkan pilihan yang beribu, maka petua diperlukan untuk membuat pilihan yang bijak sewaktu melawat di pasar ramadan yang sibuk dengan pembeli.


Petua 1: Fizikal Si penjual
Fizikal si penjual penting untuk menentukan pilihan yang sesuai. Si penjual yang kurus menjadi kriteria utama kerana membuktikan kesusahan yang dialami oleh si penjual tersebut. Ia juga merupakan pilihan yang bijak, memandangkan si penjual yang kurus dan berkulit gelap betul-betul mengalami kesusahan hidup menjaja, maka mereka betul-betul memerlukan perniagaan jika dibandingkan dengan si penjual yang lebih bertubuh besar. Fizikal menjadi pilihan utama kepada sesiapa yang ingin memberikan rezeki kepada mereka yang betul-betul memerlukannya termasuk juga kebersihan si penjual itu sendiri.

Petua 2: Susunan Juadah
Kebanyakan juadah, khususnya kuih-muih akan dipotong dan dibahagikan terlebih dahulu sebelum dijual. Memandangkan pembahagian yang serata teramat penting kerana pembeli akan merasa lebih selamat jikalau pilihan kuih terletak pada tangan si penjual. Ketidak susunan kuih muih pula akan menyebabkan pemilihan kuih yang kurang isinya jikalau sudah ada pembeli yang lain yang telah membuat pilihan sebelum ini. Letakkan kuasa memilih kuih di tangan pembeli jikalau ada susunan kuih yang dari segi saiz yang tidak seimbang terutamanya juadah seperti kuih muih, kek dan jeli.

Petua 3: Ikut Waktu
Ada masa nya pada saat-saat terlewat, harga juadah diturunkan. Maka menjadi teramat berbaloi untuk membeli. Tetapi amaran kerana tahap kesegaran juadah menjadi tanda tanya. Ada yang awal beli juadah berbuka, dan pada waktu tersebut mendapati pilihan lebih senang dilakukan, tetapi harga adalah biasa tanpa diskaun. Paling selamat memilih gerai yang kurang pembeli berkumpul, jika dalam masa terdesak. Jika masa senang, maka pilih lah gerai yang kelihatan ramai pembeli berkerumun di sekeliling - tetapi tahap kesedapan juadah tersebut tidak terjamin. Ada penjual yang kurang mahir mengendalikan pembeli yang ramai atau cara masak menjadi kurang teliti ( contoh kuey teow goreng atau roti apam) menyebabkan juadah kurang masak. Situasi sebegini boleh dielakkan dengan membeli di gerai yang kurang pembelinya.

Untuk tips lain mengenai cara pembelian secara bijak, klik bawah:
Tips to Better Touchscreen Care
The Buyer's Psychology
Money-Saving Tips
How to be a Smart Shopper (Grocery Goods)
Tips for Buying Shoes (Sneakers)
Instant Noodles (Mee Goreng) Review
The Perfectionist Shopper
Shopping Tips for Electronic Gadgets
Music Player Review
Taking Care of Your Umbrella
Tips for Buying the Best Diary
The Best Tablet