Friday, November 11, 2011

Ragam Warga Kota KL Suka Duduk, Benci Berdiri - ada yang kelakar, ada yang keji. Buntut-ku penat "mencaci"...oops.




Jom guna kaki kita - berjalan, jangan leka.

Hari istimewa, entry "istimewa"
Hari istimewa 11hb November 2011, 11/11/11. Bila lagi tarikh sedemikian akan berulang lagi? Hidup kita singkat, masa tidak panjang. Jangan leka....asyik duduk bermimpi. Masa belajar, kena belajar. Waktu bekerja, kena bekerja. Bertindak sekarang dan berjalan ke sini juga! Hehe, bergurau. Manfaat besar bila manusia berjalan. Dah lama Kris tak tulis dalam BM, jadi kali ini nak masuk entry baru.

Tuhan bagi kita dua belah kaki. Macam Kris ini, suka berjalan ke sana sini, tak suka pandu kereta. Kira satu senaman yang Aktif dan bagus. Bila kita resah atau sedih, ada manfaatnya kita berjalan. Lagipun, aktiviti berjalan begitu senang sekali. Hanya perlu kaki, dan kasut. Di mana-mana sahaja, bole berjalan. Di taman. Di tepi jalan. Atas bukit. Bawah jambatan. Yang pelik, pelajar Kris dari Luar Negara lebih tahan berdiri dan rela berjalan jika dibanding dengan pelajar tempatan. Ingin tahu lanjut mengenai kursus, sila email segala pertanyaan anda ke krislawfanclub@gmail.com


Waktu sesi dalam kelas Kursus Latihan 
Belajar Berjalan dalam Kelas
Bila Kris berjalan, semua dukacita hilang begitu sahaja. Rasa sedih (mengenang arwah ayah Kris yang meninggal semenjak usia 3 tahun), tak puas hati (kenapa orang lain bole kaya, saya tidak?), dengki (kenapa orang lain lagi cantik, saya tidak?), suka maki orang (orang tut-tut-tut ini memang *^%*!) - semua perasaan negatif HILANG dalam sekelip mata dengan aktiviti BERJALAN. Punca fikiran negatif ini terjadi dari aktiviti malas - terlalu banyak menonton drama TV.. Kadang kala manusia sendiri malas untuk menggunakan ciptaan Tuhan yang indah dan tersedia dari saat kita dilahirkan dalam dunia fana ini. Kemalasan tersebut bole dikurangkan menerusi KURSUS LATIHAN ARTIS saya, di mana kebanyakan pelajar berjaya menimba pengalaman bekerja di Dunia Sebenar . Semua pelajar saya digalakkan melakukan aktiviti (yang mesti guna kaki) untuk tujuan belajar. Ada yang disuruh berjalan, ada yang disuruh untuk mereka cerita. Manusia yang lemah, hanya asyik fikir nak duduk ...nak rehatkan buntut mereka yang selalunya letih. Bukan nak burukkan sesiapa, tetapi sebagai iktibar dan contoh untuk pembaca di sini untuk menilai dan mengkaji sikap kita. Ingat, jika kita hina orang lain, kita sebenarnya menghina diri sendiri. Semua bangsa - tak kira Cina, Melayu atau Melanau adalah sama - 1 Malaysia. Mari kita lihat contoh manusia yang suka duduk tak rata:


Anakku dibiar bertapak main sana-sini
Tak kira Metro di Paris, atau Subway di New York, manusia sememangnya tidak mengambil peduli sesama sendiri sewaktu menumpang tren. Yang peliknya bila seorang ayah dan anak kecilnya duduk. Ya, tak apa, biar sahaja anak kecil duduk, tapi sampai benarkan anaknya bertapak diri di atas tempat duduk? Tak pernah fikir betapa kotornya tapak kasut anaknya? Dah banyak kali Kris menyaksikan sikap cuai pihak ibubapa yang biar sahaja anak mereka meliar dan mengotorkan dalaman tren LRT - buang sampah, air liur etc. Si ayah tersebut nampak begitu megah sekali dapat tempat duduk dengan anak kecilnya....Tak rasa peduli langsung dengan sepasang lagi ibubapa di tepi anak kecilnya yang tengah seronok meronta-ronta. TIPS PENTING: Kawasan paling terbiar dan yang paling tidak dicuci - tapak kasut anda! Kena cuci juga supaya kasut lebih tahan lama..


Beg aku besar tau, jangan dekat.
Ini pula waktu menunggu bas di stesen bas percuma di Mid Valley Megamall. Tahu la baju makcik-makcik ni dah Cantik & Glamor kan? Takkan la beg pun nak tayang bagi seluruh warga kota di stesen bas? Jadual bas awam kita tak menentu, kesian ada orang lain nak duduk berehat kejap pun tak bole sebab kena "pau" oleh beg. Jika bole, beg letak la aja kat atas riba kaki. Mungkin si makcik tersebut tak dapat kawal nafsu nak popeh dengan kawannya tu, sampai lupa nak angkat beg. Bahaya.



Kontol ku besar perlu ruang "bernafas"
Ini pula pakcik tua yang duduk kat tepi Kris. Konon la lelaki jantan, perlukan "ruang" yang besar kat tengah-tengah dua belah kaki dia tu sampai terkangkang. Tak bole kempit kat ruang sensitif tu, kena bagi ruang "bernafas" konon la. Tapi, tengok la ruang tempat duduk yang dimakan tu! Dalam tren, tempat duduk pun dah cukup ketat, mana ada ruang lagi untuk pakcik nafaskan "kejantanan" dia ya? Tolong la...jangan "terhidu" ruang tempat duduk awam yang terhad.

Pelbagai guna tudung - tutup aurat dan hidung!



Akak terbau benda busuk
Cepat-cepat kena pergi beli minyak wangi Dior atau Homme. Ini contoh ragam warga kota kita yang kelakar pun ada, pelik pun ada. Bayangkan anda duduk dalam tren, dan penumpang di tepi anda asyik tutup hidungnya - macam la anda berbau busuk kan? Sedangkan Kris selalu pakai minyak wangi yang berharga beratus-ratus ringgit (ceh, dah miskin pun kena berbau wangi, susah la), hahaha, busuk lagi ke akak? Takpe la....ragam lucu tu. Jika tak lucu, sila kentut. TIPS LUCU: Jika nak orang di tren jauhi anda dan berikan anda tempat duduk secara automatik, pakai baju busuk yang dah berbulan-bulan tak dicuci. Ppppuuutt! Berkesan.



Badanku besar, penuh berharga
Bukan semuanya buruk. Ada di antara warga kota KL memang penuh berhati-hati. Jika tempat duduk itu di sebelahnya ada seorang kakak/abang yang berbadan besar, baik jangan duduk kat tepi dia, nanti sempit dan tersekat! Tapi ada baiknya berbadan besar, mana-mana sahaja duduk, orang lain tak berani kacau kita atau cuba mendekati kita dalam tren. Kira kawasan kita terjamin-la ya? Berat Kris pun mesti kena cepat-cepat naik ya....sampai 70kg ok tak?



Sempitnya tempat duduk
Bukan beg sahaja yang menjadi halangan, tempat duduk dalam bas kita ada yang sempit juga. Beg pinggang pula dipakai, mesti susah nak himpit semua dalam satu ruang yang kecil itu. Orang Malaysia dah semakin membesar, pandangan kita pun semakin meluas, betul tak? Minum susu berkalsium tinggi lagi tu. Mesti la semua besar-besar, hahaha. Jangan orang yang duduk depan lagi besar dari kita sudah. Mesti himpit ke belakang runtuh kerusi baru tahu....meow.



Mari belajar duduk macam Artis
Ooooish, cara duduk pun kena belajar ke? Tapi nampaknya, ada pasaran juga la untuk orang Malaysia mengambil modul "Duduk Macam Artis" (modul terbaru). Jika artis duduk, biasanya duduk bagi tujuan diambil gambar oleh si jurugambar atau cameraman. Semuanya kena tutup, tak bole terbiar "lubang" muncul sana sini. Malu nanti terkeluar akhbar atau majalah. Cara duduk, berdiri dan memberi sambutan kena lengkap....sempurna! Kena ingat, cara duduk berbeza bagi artis wanita dan lelaki.







Tangan siapa ni menggatal?
Sebelum Kris mengakhiri entry blog ini yang tujuannya untuk SERONOK (bukan tujuan maki tapi bagi tujuan belajar), ada orang lain pula yang ingin "seronok" pula kat Kris waktu tengah asyik tulis entry ini. Eh, siapa tu ya? Peminat setia ke? Timbalan Pengerusi (VP) tu ke? Awek pelajar warga Myanmar ke? Orang gila di tepi jalan ke? Oooo, tak kisah la. Kita semua orang Malaysia, tak sihat sikap terlalu serius sampai jihad dan mesti BERFIKIRAN TERBUKA selalu. Apa-apa sahaja, sila beri KOMEN di bawah atau KLIK BANNER IKLAN (atas dan bawah). Bila orang memberi, kita terima. Bila rasa dengki, pergi la JALAN, jangan duduk ya?

Sila baca deskripsi terbaru (About me) di bahagian kiri muka laman ini untuk info lanjut berkaitan perkhidmatan dan profesion saya. Beri KOMEN di bawah & KLIK BANNER IKLAN (bawah & atas). Kini, anda dijemput untuk menjadi pengikut atau melanggan laman web di bawah:

*Bagi pengguna Youtube, sila SUBSCRIBE muka siaran rasmi saya:  www.youtube.com/krislawworldwide

Peminat Facebook, sila tekan LIKE bagi laman web rasmi saya di WWW.FACEBOOK.COM/KRISLAWCC

*Bagi pembaca sepatah dua kata, klik akaun Twitter di: WWW.TWITTER.COM/KRISLAWWORLD