Saturday, May 7, 2011

Seronok diberi keahlian gym percuma - macam-macam bole terjadi, biar artis berfikiran positif dan tenang

Fikiran positif dan tenang
Sebagai seorang artis, hanya dua perkara yang Kris selalu ingatkan diri: fikiran positif dan tenang. Maklum la, dah lama tak masukkan entry dalam BM. Rasa-rasanya ini lah peluang keemasan untuk menceritakan  sedikit pengalaman baru. Cuaca Malaysia kita ini, kejap hujan lebat, kejap panas terik macam dalam ketuhar. Cuaca yang tak menentu ini menyebabkan Kris rasa penat. Teringat pula jemputan khas untuk jadi ahli kelab senaman. Apoinmen telah set. Takpe, panas terik macam ini pun, mesti tunaikan juga pertemuan.

Bila orang bagi, kita terima
Baiknya sales manager bagi gym ini, bagi tempoh 7 hari jadi ahli gym percuma. Dalam telefon, dia cakap akan bagi 3 hari percuma. Selepas dah berjumpa dengan Kris in person, terus bagi 7 hari. Terima kasih. Ye lah, sebagai artis, perwatakan kita kena jaga. Macam dengan hal perjumpaan dengan sales manager, dia banyak juga tanya soalan kesihatan Kris. Kris terus terang, tak suka tipu. Jawapan yang dibagi semuanya benar dan ikhlas. Adalah kadang-kala dalam perbualan kami, dia ada desak Kris untuk daftar bagi pakej ahli. Bila lihat balik, pandai juga ya Kris tolak desakan nya. Tapi dengan cara yang sopan dan ikhlas.

Siapa yang bagi ini?
Kris minta sales manager tersebut sebenarnya nak tahu siapa yang bagi dia nama dan telefon Kris ini. Rupa-rupanya, salah seorang pelajar Kris dulu yang bongkar telefon rahsia. Takpe, dia seorang pelajar yang cerdik dan bijak. Tetapi, jika soal nak jadi ahli, dari dulu pun Kris pernah mengalaminya jadi member gym. Fobia ada juga. Fobia tentang ahli-ahli gym ini. Mereka tu kebanyakkannya kerja korporat atau ofis, perangai pun macam-macam la. Kris ini artis, maka perangai kami sangat berbeza. Artis ini lebih ambil masa. Orang korporat lebih kerja masa. Bole la Kris perhatikan perangai ahli-ahli ini: ada yang jalan cepat masuk ke dalam locker, ada yang mukanya masam buruk, ada pula yang tengok sana-sini, konon nak tunjukkan diri mereka lebih fit, dan badan lagi cantik. Jika nak soal pasal ego, Kris tak perlu la sebab dah pernah membintangi TVC ini:



Budaya korporat dengan artis berbeza
Oh tidak. Kris tak suka langsung perangai compare-compare ini. Setiap insan ada keistimewaannya yang tersendiri. Situasi sebegini la yang menyebabkan Kris sedih dan down sikit. Ye lah, bila dimasukkan dalam sekumpulan manusia yang sangka tubuh mereka cantik, Kris rasa serba salah dan out-of-place. Tapi Kris dah matang, dan disiplinkan minda agar berfikiran positif. Jika buka mata besar-besar dan betul-betul pandang, ada juga ahli gym ini yang badan mereka tak seberapa pun - yang perut buncit, tapi pandai mereka cover dengan bahu dan dada mereka yang terbonjol besar. Kris sekarang dah bijak lepaskan bimbang kekurangan diri dan just be myself. Terus Kris gedik ke sana-sini.

Gedik bila jumpa balik "kenalan lama"
Sikap gedik ini bukan sengaja. Kan dah lama tak masuk gym. Dah lupa dah cara untuk menggunakan mesin-mesin berat yang ada. Terus Kris tanya abang-abang yang ada kat situ tentang cara betul untuk pakai mesin berat. Baiknya abang-abang ini, mereka bagi tunjuk ajar. Mengenai abang-abang ini, terus buka terbeliak mata Kris ini. Antara abang-abang ini ada yang pernah Kris "terjumpa" di laman web. Tak sangka mereka kerja di gym ini. Ada antara mereka gay, tapi perwatakan mereka di kaunter jantan sekali. Puji....Ada yang pernah berpacaran dengan kawan gadis Kris, dulu badan gempal sekarang muscleman. Ada juga yang dari gym lain dan berpindah ke sini.

Mesin senam dengan nama
Yang istimewa adalah mesin-mesin bersenam. Setiap satu ada nama! Yang menarik perhatian Kris adalah mesin senam bernama "Abductor". Maksud nama tersebut adalah untuk tangkap dan sembunyikan. Tapi, cara untuk gunakan mesin Abductor ini adalah kena duduk dan lampirkan kedua belah kaki pada papan di kedua-dua  belah dan tolakkan papan tersebut dalam cara bukakan kedua belah kaki secara terkangkang. Ooo, seluar pendek Kris ini pula pendek sangat. Bila kaki dah terkangkang, cepat-cepat Kris rapatkan kaki sehingga terbentuk satu bonjolan di tengah akibat kain seluar pendek tergulung sampai ke selit pinggang. Ooo, seksi pula nampak sehingga ada abang trainer di tepi memandang dan berjenaka dengan ahli lain.

Main-main mata dan kepala
Mengenai kakak-kakak di sana, ramai juga dari luar negara, terutamanya negara Arab. Cantik kakak-kakak Arab ini, rambut mereka dibiarkan beralun tanpa diselubungi hijab. Putih cerah pula kulit mereka itu. Di situ ada satu ruang berehat, dilengkapi dengan bahan minuman. Ruang ala bar ini dihiaskan dengan sofa dan meja baca, dengan pandangan bangunan KLCC yang tersergam indah sekali di luar. Rasa begitu megah bila berhadapan dengan bangunan KLCC ini. Tak sangka, di belakang tempat duduk Kris ini, muncul pula 2 gadis Arab tadi yang tengah berborak. Kris pun gerak kepala ke arah mereka, terus mereka diam. Wow, terasa kejutan elektrik dari pandangan 2 gadis arab tersebut, kemungkinan aura Kris pun ada kejutkan mereka sedikit, hehe. Bila Kris dah siap berehat dan bangun beredar ke bilik mandi, Kris toleh ke belakang kejap dan nampak 2 gadis arab tersebut tengah memandang. ooo..suka.

Bila buka baju, kena berani
Ruang lokar gym itu pun cantik dan luas. Terkenang balik masa Kris jadi ahli. Lokarnya guna card untuk scan dan dikuncikan. Rasa malu sedikit adalah, sebab kan semua abang-abang situ badan mereka cantik dan berotot. Buka aje baju seluar pendek Kris ini, rasa low self-esteem menyusuk pula.Tapi Kris cuba fikirkan yang positif. Dalam bilik lokar, ada pula 2 changing room yang tertutup. Changing room itu bagi mereka yang nak tukar pakaian dalam keaadan yang tertutup agar abang-abang lain tak curi tengok kebogelan mereka. Bagi Kris, Kris tak peduli langsung nak guna changing room tersebut. Kena ada keyakinan diri, dan terus Kris buka  baju dan seluar pendek. Biar la sesiapa nak tengok, Kris bangga dengan apa yang ada.

Air memancut 
Ambil tuala dan masuk bilik stim dan sauna. Keluarkan semua peluh yang ada. Satu kekurangan adalah stim tak kuat sangat. Takpe la, dah penat. Masuk ke dalam cubicle mandi shower yang tertutup. Yang peliknya, tak bole kunci pintu cubicle. Eh, nanti orang masuk macam mana huh? Hah, ada caranya. Kris letakkan tuala ke atas pintu sebagai tanda dah ada orang tengah gunakan cubicle. Bila dah rasa "selamat", Kris pun putarkan gondol paip bagi air shower keluar. Terus Kris terkejut, sebab air yang keluar bagai panah yang tajam menusuk ke dalam tubuh bogel. Sakit. Air yang dipancutkan itu tajam, terpaksa Kris putar lagi gondol paip agar air lebih lambat memancut.

Terlupa bawa extra
Sangka bila dah mandi di gym, balik rumah nanti tak perlu la mandi lagi.Bole jimat air. Tapi fikir-fikir balik, tidak juga. Baju dan seluar pendek yang dah digunakan macam mana? Kena cuci juga. Gunakan tuala sendiri, itu pun kena dicuci. Susah juga nak lawat gym, sebab kena bawa semua benda-benda ini. Baju extra, seluar extra. Waktu fikiran Kris tengah berjalan, dapat perhatikan abang-abang dalam bilik lokar tengah berbual sesama sendiri. Ada satu abang dan adiknya yang berulang-alik masuk dan keluar. Adik dia pula tanya jika ada nampak barang yang tertinggal dalam lokar. Bila Kris dah siap lapkan diri kering, baru teringat diri tertinggal bawa sesuatu ..... seluar dalam yang bersih!!