Monday, January 3, 2011

Tahun Baru, Imej Baru, Tips Baru> 4 Langkah Utama Menghadapi Senior yang biadap dan ingin cari gaduh mati (extreme tu, tapi ini semua masalah ciptaan manusia sendiri)

IMEJ BARU - LIFE COACH
Seronoknya tahun baru bila disambut dengan konflik ciptaan manusia
Bagusnya, kita semua selamat sampai di tahun baru 2011 ini. Saya ingin ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca saya dari seluruh dunia. Biasanya orang bangun pada hari tahun baru ini pasti mempunyai semangat baru. Bagi saya, saya disambut oleh satu senario yang agak berlainan. Waktu nak buka pintu, dijemput sekumpulan kanak-kanak kecil dari kawasan persekitaran, yang duduk di hadapan halaman rumah, tengah seronok bermain. Antara kanak-kanak kecil yang rupanya comel, datangnya suara seorang anak kecil lelaki dengan basikalnya bersantai di dinding tangga halaman. Terkejut bila dengar isi suara kanak-kanak kecil ini kerana ia dicampur dengan pemandangan kolot yang berbau biadap. Orang tak kacau dia, dia pula kacau kita.

Hari pertama di tahun baru bagai satu episod klasik "Desperate Housewives"
Mata saya berpandang terus pada kanak-kanak kecil tersebut dan cuba tangkap imej dalam kepala. Seorang makcik yang bisu kemari menunjuk syarat tangan dengan mesejnya ingin tunjuk dari mana budak kecil yang bercakap kasar ini tinggal. Tak jauh, beberapa pintu dari rumah kediaman. Dengan tenang, saya pun beredar dari situ dan meneruskan aktiviti pada hari tersebut. Bila sampainya malam, segera saya menuju ke rumah anak kecil yang bercakap kasar waktu pagi tadi. Dengan nada yang baik, saya cuba minta penjelasan dan nasihat kepada penjaga budak kecil itu, agar jangan biarkannya bersikap kasar terhadap jiran. Pernah terjadi kes menconteng perkataan kasar di dinding rumah. Selepas cuba minta penjelasan dari jiran, berpatah balik lah ke ruang rumah. Tetapi muncul penjaga budak kecil, rupanya seorang datuk yang memakai kopiah dan jubah (baru balik dari sembahyang kot), kemari dengan nafasnya kuat menjerit untuk mencari gaduh.

Desperate macam Susan, cool seperti Mike
Senario sebegini setiap artis pasti akan hadapi dalam hidupnya- berhadapan dengan wartawan yang biadap, pengarah yang pemarah orangnya, produser yang ingin potong gaji artis etc. Bukan semuanya begini, tetapi dalam satu bakul buah epal yang besar, pasti adaya sebiji dua yang busuk buahnya. Bukan kes yang sebegini spesifik, tetapi cabarannya adalah sama, prinsip menghadapinya pun sama - bagaimana untuk berdiri untuk diri sendiri (stand for yourself) di hadapan senior (atau orang yang dianggap lebih berkuasa dari kita) yang biadap tak berfikir dan ingin cari gaduh.

1) Binakan azam untuk menjadi tenang secara kukuh
Menjadi tenang bukan suatu naluri yang semulajadi. Ia perlu dibina menerusi masa. Sebab itulah ia dipanggil sebagai satu azam. Setiap hari bila kita bangun, kita perlu perhatikan perjalanan dan operasi minda dan kelakuan kita agar ia sejajar dengan keazaman untuk memupuk sifat ketenangan. Seperti dalam contoh kes di atas, apabila berhadapan dengan seorang datuk yang ingin mencari gaduh, perlu kita fikir balik motivasi kita menegur jiran yang bersifat tidak bertanggungjawab terhadap kelakuan anak cucunya yang dibiarkan bercakap kasar dan menconteng dinding itu. Jika kita tidak bersalah pada asalnya, kita perlu berani untuk menghadapi dan mengatasi sikap ingin mencari gaduh si pesalah tersebut. Ketenangan dalam diri adalah kunci untuk menghadapi situasi sebegini.

Dah tua, MASIH nak cari gaduh sampai mati
2) Teguhkan pendirian bahawa semua manusia (tidak kira bangsa, agama dan rupa) berhak diberikan layanan adil dan rasional yang setimpalnya
Seperti dalam kes budak kecil yang biadap itu, kita tidak boleh salahkan kanak-kanak kecil tersebut disebabkan atas faktor usia. Kita pula tak bole bersikap emosional dan tampar muka anak kecil itu bila kata-kata kasar diujarkannya. Pemikiran kita perlu luas lagi dan faham hasil kelakuan anak-anak kecil tersebut berpunca dari penjaganya, dalam kes di atas jatuh pada tangan datuk dan neneknya itu. Bila saya cuba dapatkan penjelasan secara rasional dari neneknya, dia berkata "Anak kecil, kita tak bole kawal" Kita juga perlu menilai jawapan yang diberi dan body language si pemberi jawapan. Sebaik sahaja jawapan itu diterima, maka dalam pemikiran kita sudah dapat pastikan punca perbuatan anak kecil tersebut berhasil dari sikap tidak leka dari kedua-dua pihak datuk nenek tersebut. Sikap seorang nenek tua yang tak leka menjaga cucunya, memang tidak ada orang bole ubahkan.

3) Berani lafazkan pandangan jujur secara terus dan bukan di belakang si pesalah
Apabila dengar penjelasan nenek tersebut, kita perlu berikan pandangan kita dengan berani dan jujur. Sebab dalam hati kita sudah diperjelaskan untuk menghadapi isu tersebut, maka perlu kita lafazkan pandangan yang telus dan jujur. "Nenek perlu jaga cucu, dan jangan biarkan dia begini." Ini adalah disebabkan kesan kecuaian  dalam penjagaan cucunya telah mengakibatkan ketidaktenteram hidup. Jika tidak bersuara, maka tiada sesiapa akan ambil tahu dan sedar kesan dari perbuatan mereka yang disangka tidak apa. Waktu berhadapan dengan datuk di halaman rumah dengan nafsunya ingin mencari gaduh yang berkobar-kobar itu, saya begitu tegak dan tenteram (tanpa rasa takut atau ingin cabut lari), mata saya bertentang dengan mata si pesalah dan dapat saya rasa kelakuannya seperti seorang samseng. Isi fikiran perlu dilafazkan agar si pesalah akan sedar kelakuannya yang ingin cari gaduh. Adalah satu kesalahan untuk stereotaip yang muda suka mencari gaduh, tetapi kenyataanya ialah orang tua pun suka mencari gaduh juga! Maka, usia bukanlah faktor yang bole kita tentukan tahap kematangan dan kawalan emosi seseorang itu. Terus saya lafazkan kata-kata "Eh, macam samseng" terhadap datuk yang hilang mindanya dalam kegilaan nafsunya ingin mencari gaduh. Jika tak bersalah, tidak perlu begitu defensif dan emotional bukan?

Rakan rapat dari pelbagai pandangan hidup
4) Carikan teman yang mempunyai pandangan hidup yang teramat beza dengan diri anda dan jenis supporting
Sebagai manusia, kita selalu mencari rakan yang sama bangsa dan agama dengan kita. Tetapi sifat ingin mencari kesamaan perlu diubah sama sekali. Untuk mengecapi pemikiran dan pandangan hidup yang lebih holistik dan menyeluruh, sifat ingin mencari teman yang mempunya pandangan yang jauh berbeza dari kita amat perlu dipupuk. Ini sebab kita bukan selalunya betul dalam apa jua kelakuan kita. Pandangan orang yang berbeza dari kita ada tahap kebenaran yang tersendiri. Perlu kita dengar dan cuba fahamkan isi dari mana datangnya punca kebenaran seseorang itu. Sebagai contoh kes datuk yang ingin mencari gaduh itu, bole kita cuba fahamkan dari mana datangnya sikap sebegini. Kemungkinan besar datuk itu dah tua, maka ingin menunjuk kekuatan dari zaman mudanya yang kini sudah hilang terhadap orang muda yang disangka "takut" padanya. Ataupun dia ingin cari "glamor" dan perhatian jiran sekitarnya, maka tercetuslah sikapnya menjerit, mengganas dan biadap agar semua jiran keluar dari rumah dan menyaksikan adegan bertempur itu. Walau apapun, kita semua perlukan "konflik" sebegini dalam hidup kita, agar kita tidak leka dan rasa terlalu selesa dalam hidup. Konflik sebeginilah yang bole menjalinkan silaturahim dan merapatkan hubungan kita dengan rakan-rakan yang ada, supaya mereka dapat memberikan sokongan dan pendapat/nasihat terhadap konflik sebegini. Ada seorang rakan yang memberikan nasihat supaya membuat laporan polis untuk menjaga keselamatan dan hak hartabenda saya. Ada juga kawan yang memberi nasihat agar jangan hirau lagi jiran itu dan teruskan hidup seperti biasa sebab dunia kita ada orang yang tak berpelajaran. "It's a small matter"

Kuat, berani & adil menghadapi segala konflik
Percayalah, situasi berhadapan dengan orang yang biadap, yang tidak senang hati pada kita dan macam-macam lagi konflik ciptaan manusia itu sendiri pasti akan berlaku kepada sesiapa pun yang bergelar manusia di bumi ini. Tak kisah waktu kita di set penggambaran ataupun di sesi ujibakat. Pada detik yang teramat genting itulah, di mana Kursus Latihan Artis menjadi satu aset yang teramat penting bagi seseorang bakat yang baru dan lama untuk menempuhi cabaran emosional, mental dan fizikal, semuanya masalah ciptaan manusia itu sendiri. Dengan cara yang betul, tenang dan rasional, segala konflik ciptaan manusia ini pasti dapat diselesaikan. Ketahuilah rahsia mencari ketenangan dalam konflik harian anda menerusi 1-on-1 coaching yang menghormati anda sebagai seorang individu yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri tetapi belum ketahui cara untuk menggunakannya lagi. Percaya lah kebenaran yang berada dalam dirimu, agar dapat merintis kemungkinan yang tersembunyi dan akhirnya terserlah menerusi bimbingan yang mengikut rentak keperluan anda.