Monday, December 27, 2010

ISU PANAS: Sejak bila profil saya dinaikkan sebegini sampai ada yang ciplakkan muka ni yang tak cantik? Oh tidak...

Sakit tersentuh benda panas!
Bila ada masa terluang, melayari dunia siber
Masa cuti panjang ini, mesti kebanyakan kita yang melayari Internet kan? Kris pun sama lah. Ada masa terluang bole update blog, dan layan kerenah pembaca blog yang tulis pelbagai jenis komen (ada yang baik, ada yang lucah, isyk isyk isyk tak bole publish tu). Masa cuti ini juga bole Kris layari dunia maya Internet (bukan atas kapal indera kayangan ya, tapi atas netbook yang murah), khususnya Facebook, dan cuba search nama Kris ini. Wow, banyak juga ya, yang sama nama dengan saya dan terkeluar senarai panjang, sepanjang kuku jari saya ni yang lama tak potong.

Senarai nama yang sepanjang kuku jari
Waktu menganalisa nama-nama dengan gambar profil yang pelbagai rupa, terjumpa pula profil ini: http://www.facebook.com/profile.php?id=100001273547344&v=info Eh, bila pula Kris ada buat profil Facebook ini? Gambar profil pun satu macam dengan gambar di blog. Dan lihat di bawah "Likes" (yang disukai) ada tulis jenama Nugeno Men. Eh, profil Facebook ini bukan milik Kris! Sejak bila Kris ada profil sebegini?

Panjangnya kuku. Merah lagi.
Nasib baik dikongsikan, nak add sebagai kawan oh jangan
Nasib baik terserempak dengan profil Facebook palsu ini, yang bukan dimilik oleh Kris Law yang sebenarnya. Entah siapa yang wujudkan profil tersebut dan "curi" gambar Kris. Amaran kepada semua pembaca di sini ya, supaya jangan add profil itu sebagai kawan, sebab bukan Kris sebenarnya. Nanti you pula kena tipu. Takut la, nanti profil ini tulis mesej cinta kepada sesiapa, ataupun mesej yang terkandung perkara yang tak senonoh, oh tidak!

Bukan bintang Hollywood pun ada orang ciplak juga
Biasanya kalau tekan Johnny Depp atau Tom Cruise di search facebook, pasti keluar berpuluh-puluh gambar profil bintang Hollywood itu kan? Tapi siapala Kris ni? Orang biasa sahaja. Bukan bintang. Bukan selebriti sehebat Hollywood pun ada orang nak ciplak-kan profil Kris Law ini. Entah siapalah orang misteri ini di kalbu alam maya yang penuh dengan pelbagai jenis makhluk yang tiada rupa dan entah ekornya tercantum di belah mana tubuhnya.

Tutup komputer demi mengecapi kebahagiaan hidup yang sebenar
Itulah nasihat yang disiarkan oleh saya pada blog entry sebelum ini. Close the computer! Matikan komputer anda, dan jangan jadikannya sebagai tumpuan utama hidup anda, terutama sekali facebook, YM, myspace dan entah apa lagi laman web sosial. Saya tahu ada orang yang ingin gunakan internet untuk tujuan "marketing" atau komunikasi. Tiada salahnya jika ikhlas nak guna internet tolong orang. Cuma jangan gunakan gambar orang sebenar. Lagi penting orang seperti saya ini, yang tiada kelebihan apa-apa pun, hanya seorang coach bagi Kursus Latihan Artis.

Cuci muka guna sabun saje. Bersih. Jimat. Suci.
Semua faktor kena diambil kira (ceh, macam penyiasat Sherlock Holmes ya)
Mungkin orang misteri yang mewujudkan profil Facebook palsu itu minat pada saya? Faktor ini pun saya juga pertimbangkan. Tetapi tolong bukan tujuan untuk naikkan jenama Nugeno Men itu. Saya sendiri pun tak gunakan produk tersebut, dan di situ la profil saya tulis "like" produk itu. Oh tidak! Saya seorang yang sederhana. Nak cuci muka pun guna sabun biasa sahaja. Mana ada bajet untuk beli produk kecantikan lelaki sebegini? Dalam diri cantik cukup la, di luar tak cantik pun tak apa, Kris redha....

Kena faham dulu sebelum mendaftar
Tahula ada pembaca atau "peminat" di luar sana yang pernah nampak lakonan komersil saya yang dulu. Tapi tolong jangan sangka Kris ini dah kaya. Tahu la, bukan selalunya muncul di TV. Iklan pun bukan selalunya dapat. Ada pelajar yang daftar kelas kami, saya sudah bagi penjelasan bahawa kami bukan agensi model atau bakat, cuma pendidikan yang kami utamakan. Mr.Liew banyak terima panggilan dari jantan dan betina yang cuba "tackle" dia. Saya tahniahkan Mr.Liew sebab dia ramai peminat, tapi dia bukan orang macam tu. Kami semua profesional, dan objektif. Tujuan untuk belajar, bukan nak pelajar ambil hati kami untuk tujuan dapat job apa-apa. Minta maaf ya, pemberian job bukan bawah pengiktirafan kami.



Disebalik setiap negatif, pasti adanya yang positif
Sebelum berakhir, semoga semua pembaca blog ini ambil iktibar dari pengalaman "malang" Kris ini. Orang yang tak popular pun kena ciplak profilnya di Facebook. Yang penting , kita mesti ikhlas dan berani untuk suarakan pandangan dan pendapat kita tanpa berselindung di bawah profil yang palsu. Jika nak jadi artis, kita mesti bersikap terbuka, berkelakuan adil kepada semua dan sentiasa ingin menimba ilmu/pengalaman di dunia yang sebenar, bukan di alam siber.