Thursday, September 2, 2010

Ya tuhan, mana perginya kaca mata Dior ku? > 3 tips penting untuk menghadapi kehidupan Artis yang mencabar (3K)

Fesyen terkini untuk Hari Raya ini

Siapa yang melambai-lambai tu?
Insiden ini berlaku waktu pagi tadi, masa tengah tunggu tren LRT. Baru sahaja bangun dari tidur, dan kena gesa-gesa pergi meeting. Waktu menunggu tren itu, ramai penumpang yang jalan sana-sini. Sebaik sahaja Kris sampai di platform menunggu, ada sahaja seorang jejaka India yang tinggi kurus dengan spek mata yang "baby", melambai-lambai kat Kris!

Sindrom Paranoia Artis - semua artis "terjangkit"
Kris tersentak pula, kerana takut salah dapat pesanan melambai-lambai ini. Kris pun pandang belakang dan tepi, sangka gentleman India ini cuba nak panggil kawannya. Tetapi, tiada orang di sekeliling Kris pun yang membalas lambaiannya tu. Oh, dia cuba mendekat saya ker? hatiku berbisik. Tren pun sampai, dan segera Kris cari tempat duduk dengan niat untuk menjauhinya.

Mana kaca mata-ku? Oh my Dior!
Bila dah dapat duduk, Kris pandang ke atas dan nampak lagi lelaki India itu dalam jarak yang agak dekat juga! Dengan segera, Kris cuba cari kaca mata hitam dengan niat untuk menyelubungi mata Kris dari memandang orang yang tak kenal tersebut. Tapi kaca mata tak bawa sama, maka bola mata Kris ni pun melayang ke sana sini, mencari tapak yang sesuai. Jejaka tersebut cuba senyum dan lambai lagi, tapi masa itu Kris masih belum lagi jaga sepenuhnya dari tidur, dan ingatan tak berapa bagus. Perasaan Kris masa itu pula panik sedikit, kerana kira ramai juga orang yang kenal Kris dalam iklan TVC itu, dan "mood" ingin menyapa "peminat baru" pun kurang.



Guna teknik berlakon untuk elak "peminat"
Kris pun tutup mata dan berpura-pura tidur dalam tren, dengan mata buka sekali sekala nak tangkap kedudukan lelaki India tersebut (takut la nanti tiba-tiba dia muncul di depan Kris dengan bibirnya yang nipis tu nak cium Kris, macam mana ya? Nak lari pun tak sempat) Pernah sekali Kris masuk dalam tandas lelaki, ada nenek tua ikut masuk juga! Kasihan Kris pandang nenek tua mengintai dalam bilik tandas lelaki.

Yang baik itu ingat, yang buruk bole ...
Nenek tak bole masuk sini. Nenek tunggu luar ajo.
Akhirnya, gentleman itu pun menghilang tiba-tiba. Dan pada saat itu, Kris baru teringat siapa jejaka India tersebut! Rasa begitu serba salah sekali, kerana kami pernah berbual! Dia tu konon-nya personal assistant pada salah seorang artis yang hadir waktu satu ujibakat filem. Personal assistant tu pun agak tegas pendiam orangnya masa tu, siapa bole ingat kan? Imej yang dibagi waktu tu macam agak high-class la. Tu yang Kris tak suka simpan dalam ingatan. Sebaliknya, yang peramah dan ceria tu baru orang lagi senang ingat.

Rasa serba salah, bukan sombong, tapi tak ingat dek
Dalam hati Kris, dia mesti rasa Kris ni sombong. Takpe la, nak buat macam mana? Dalam perjalanan artis ini, Kris dah banyak bertemubual dengan seribu satu jenis orang. Memang tiada upaya untuk ingat semua orang dalam sekelip mata sahaja. Kris bisikkan doa ampun maaf dari personal assistant tersebut. Fikir balik, kenapa dia gitu ia-ia sangat nak berlambai-lambai pada Kris waktu itu? Mungkin nak minta pekerjaan dari Kris? Nak tanya gosip terkini? Oh tidak!


Siapa yang sentuh ini? Hah, mesti ada 3 benda ni
Kesimpulannya: 3 benda penting dibawa bersama semua artis pada setiap masa
Insiden ini telah menginspirasikan Kris untuk memberi tips penting bagi semua pengikut blog ini. Untuk mengharungi kehidupan artis yang mencabar ini, mesti ada 3K (bukan 3 ribu, tapi huruf bermula dengan abjad K) yang artis perlu bawa bersama pada setiap masa:
1) Kaca Mata Hitam : agar bole tutup mata untuk elak dipandang dan memandang.
2) Kamera Kompak: agar bole ambil gambar peminat supaya mereka tidak bersikap keterlaluan.
3) Ilmu: dalam apa jua cabang seni. Sertai Kursus Latihan Artis kan senang. SATUmalaysia