Thursday, September 9, 2010

Seribu Satu Expresi Hari Raya - Maaf Zahir Batin

Siapa nak bersalam ni? Maaf zahir batin.
Hari Raya semakin dekat. Bila pembaca sampai blog saya, hari raya pun dah sampai! Yipee...bestnya Hari Raya. Gembira bukan sebab hari istimewa ini dah sampai. Tetapi semua jalan di Kuala Lumpur sunyi sepi. Tiada kereta yang suka bunyikan hon bila nak lalu jalan. Lenyap semua penunggang motosikal yang suka lajukan enjinnya sampai bunyikan wisel yang memukau. Senang sahaja naik LRT, orang pun kurang, bole masuk ikut masa sendiri tanpa ditolak sana-sini macam nak mati berjuang.


Makan biar berpada-pada, jangan jadi besar pinggang sudah!
Bestnya Hari Raya. Dapat dengar lagu zaman dulu. Bole berdansa dan ikut melodi ceria. Orang sekeliling pun ceria, dan hilang semua muka muram masam seperti waktu bekerja. Perasaan dengki dan benci pun hilang, dan semangat untuk berpesta pun membara-bara. Oh, jangan koyak-kan baju raya sudah.
Semangat ingin beraya menjadi tak terkawal!

Bestnya Hari Raya. Dapat makan pelbagai jenis juadah Raya. Kuih-muih, lemang, karipap dan macam-macam lagi tarikan lidah yang manis bercampur masam. Air sirap bandung, oren, ais krim, ahaks. Lepas makan, dah jadi terlalu kenyang nak bersusah payah bersalam pun tiada daya lagi. Imbasan nak tidur pun menjadi-jadi, jangan tambah lagi ukuran pinggang sudah la.
Gembiranya dapat bermesra dengan sahabat lama & baru

Sedapnya Hari Raya. Bole bertemu semula rakan-rakan yang lama. Bole jalinkan semula silaturahim, dan gempar-gemburkan cerita dulu-dulu dan pingisan memori lama yang manis. Ukiran senyuman dilihat di semua muka yang ada. Kekadang ingin rasa terperanjat dengan cerita gosip siapa dah kahwin dan cerai, tsk-tsk-tsk.
Dah puas dapat banyak duit raya. Masa untuk beradu pula.
Cepatnya Hari Raya berlalu. Dalam sekelip mata sahaja, semua sandiwara bermesra melesap begitu sahaja. Hati pun lega sebab berjaya mengharungi saat yang terdesak pabila terdengar usikan saudara ingin tahu perkembangan status kita. Soalan desakan seperti bila nak berkahwin, berpacakan dan macam-macam lagi menjadi asap bayangan malam di pecahan sinaran sanubari di hari yang baru. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca & pelajar Kursus Latihan Artis beragama Muslim. SATUmalaysia