Wednesday, August 11, 2010

Bila nak berbuka puasa, jom masak sama-sama

Macam Jamie Oliver Malaysia

Dah cukupla asyik makan luar "tapow". Kat luar sana, makanan dijual ada yang tinggi kandungan garam dan ajinomoto. Ada baik juga kita masak sendiri kan? Boleh pilih apa yang nak dimakan. Bihun ke, mee ke, nasi ke. Tahu la, ada pasar ramadan yang jual pelbagai jenis juadah istimewa sempena bulan puasa ini. Tapi ramai orang berpusuk-pusuk di luar sana. Nanti terserempak dengan peminat pula dan gosip, macam mana? Hmm, banyak pula pasang mata ligat memandang sana sini (ada yang pandang kat paha, ada di punggung dan pelbagai lagi tempat lagi badan Kris "dikorek" mata orang awam di luar sana tau? Bahaya) Baik juga masak di rumah, dapat tenangkan minda dan lupakan "kacau-bilau" di luar sana. Ada privacy dan ikut rentak sendiri kan senang?
Bahan masakan dibeli di pasar

Idea nak masak di rumah ini pun dah lama terpendam di hati. Seronok dapat beli barang di pasar hypermarket dan banding harga barangan runcit di hypermarket lain. Dapat juga ilmu pasaran. (ahaks, dah jadi macam suri rumah pula yek? Desperate Housewive, oh jangan) Banyak juga dibeli, seperti botol sos tiram, mee kuning dan tin ikan. Tin ikan sardin bagus untuk kesihatan dek. Ikan sardin ini merupakan salah satu "superfood" (makanan paling berkhasiat) di seluruh duna tau. Ini kerana ikan sardin ini kecil dan ligat berenang dalam air, tak makan banyak ruang laut yang kini sangat dicemari toksin menjadikannya salah satu jenis ikan yang paling kurang tercemar. Jadi kena makan banyak ikan sardin tau? Ada juga beli biskut krimer, untuk digigit bila lapar pada waktu malam dan rasa sunyi (eating fills the void, you know?). Iyala, biskut krimer ini jenama kegemaran Kris. Tapi, takut jadi gemuk pula jika makan banyak kan? Nanti orang tak suka kita bila jadi gemuk, camna? 

Induction cooker terbaru

Ini pula induction cooker yang baru dibeli. Murah sahaja dibeli kat UO shopping mall. Ada diskaun lagi tuh. Yelah, dengar banyak kebaikan masak cara induction, sebab tak guna gas dan senang dialih sana-sini. Tapi, dengar juga kawan cakap induction cooker ni makan banyak sangat elektrik, sampai bil elektrik dia melambung naik. Hmm, setakat masak sekali sekala di rumah takpe la kan? Macam eksperimen. Kalau tak jadi, bole bagi set ini kepada kawan lain. Eksperimen memasak Kris ini pun bermula. Bila masuk je minyak olive, dasar pan besi mula membara sampai keluar asap dan terbentuk kesan "U" pada permukaan pan. Hmm, entah bole guna lagi pan besi ni ke tak.

Bau sedap disambut angin sepoi

Puasnya bila dah berjaya masak satu hidangan ciptaan Kris sendiri. Bagai satu karya seni ciptaan sendiri. Inila dia jiwa seorang artis. Kreatif dan sentiasa ingin mencipta sesuatu yang baru. Menerusi masakan resipi ini, Kris puas dengan hidangan yang ada, walaupun tak seberapa. Semua pembaca di sini patut mencuba resipi terbaru Kris ni tau? Bila sudah bersedia untuk dimakan, seluruh deria dan jiwa Kris menyambut kehadirannya dengan penuh makna dan sayang. Yummy...

Mee Telur Ikan Sardin (Lazuwat!)

Ini dia resepi terbaru dari Jamie Oliver Malaysia, hehehe. Senang je untuk masak resepi ini. Mula-mula kena basuh mee dulu dalam air suam. Jika tangan pernah masuk tandas sebelum ni atau pegang benda-benda yang tak patut, kena basuh dulu guna antiseptik, baru bole sentuh bahan makanan. Apron pun kena pakai, agar baju tak terkena percikan minyak, sos atau api. Pastu masuk mee ke dalam air mendidih selama 3 minit. Waktu mee dididih dalam air panas, rejiskan minyak olive (sejenis minyak yang bagus sebagai antioksidan dan kurang kolesterol) ke dalam pan induction pula. Bole buat 2 benda sekaligus, agar masa dalam dapur tidak terbuang dan bila suami atau isteri balik dari kerja nanti sempat lihat hidangan yang tersedia. Balik semula ke resipi Chef Kris ni: bila minyak dah panas, masukkan 2 biji telur (yang telah dibancuh sampai tepu dalam mangkuk dulu) ke dalam pan. Bila telur dah mula masak, segera masukkan mee ke atas lapisan telur dadar, dan segera tutup elektrik. Gambar di atas adalah setakat hiasan je. Mirip macam muka siapa yek? Cukupla main teka-teki, jom makan! SATUmalaysia