Saturday, July 31, 2010

Kek Cokelat Putih Kacang Makadamia - Sekeping Syurga dalam Mulut Penat Lelat






Sedapnya kek ini! Yelah, satu hari pergi hadir 2 sesi ujibakat bagi komersil iklan. Bangun awal lagi tuh. Rasanya, saya perlu hadiahkan diri saya ni yang telah susah payah (self-reward). Semua artis mesti berbuat begini, agar you tak cepat putus asa. Betul, dengar cakap Kris la. Dunia hiburan kita ni banyak kekecewaannya. Kecewa dari segi bayarannya. Kecewa dari segi cara layanan bakatnya. Kecewa orang tak kenal bakat kita dan kecewa macam-macam lagi la. Bukan setiap ujibakat yang dihadiri ini pasti berjaya dapat. Ini pula komersil bagi jenama besar seperti syarikat telekomunikasi dan restoran kopi yang banyak cawangannya tu.

Pendek ke panjang?
Bukan itu je, waktu sesi ujibakat yang pertama kat Damansara Kim, terdapat satu "kejutan" pula! Dah lama la Kris ni hadir ujibakat pakai casual je, tetiba casting person ini cakap ada seluar panjang ke tak. Berani pula dia kata seluar Kris ini pendek. Hehehe, ye lah, tau Kris ini mula-mula "popular" dengan seluar pendek, tapi seluar yang pakai masa ujibakat tu pun tak pendek langsung la! (tengok gambar terakhir) Aurat semua ditutup sampai bawah lutut, cukup la. Itu pun dia cakap pendek. Kris lelaki, casting person tu perempuan. Mungkin daya kelelakian Kris mengancam? Hah, cukup la. Kris bukan macam dulu lagi, di mana sampai pahaku yang putih gebu pun nampak trang-trang!

Jangan ambil hati
Sudah la, kita tak bole ambil hati bila orang bagi komen yang bila dengar macam tak munasabah aje, ataupun dia sengaja nak sakitkan hati kita? Tak la, Kris dah matang dan fikiran terbuka. Mesti bagi dia peluang untuk jelaskan diri. Ujibakat tu kena cakap dalam Mandarin, alamak! Nasib baik ada dia punya han-yu-pin-yi, bole la Kris pronounce. Kena baca cepat lagi tuh, macam orang gila. Nasib baik dia suka, so ujibakat pun cepat habis. Jimat masa dan tenaga bila ujibakat dengan Kris. Lepas tu, dapat juga pergi jalan-jalan di Tropicana Mall, lawat carrefour tu, nak survey peti sejuk dan alat-alat dapur yang lain sambil tunggu bas shuttle free ke stesen LRT Kelana Jaya. Psst...psst..Carrefour sana mahal sikit dari Carrefour setapak.

Terang lebih lanjut sikit bole tak, casting person?
Akhirnya sampai ke jalan timur bagi ujibakat kedua. Nasib baik tiba awal, tapi tunggu lama juga. Takpe, sambil tunggu, berborak la dengan para bakat lain yang menunggu. Kita kena friendly dan sosial, tak bole anggap diri dah pandai atau dah tinggi kan? Bila tiba giliran Kris, baru tahu watak itu. Tapi casting person tu tak la pandai jelaskan apa yang patut buat bagi isi lakonan. Hey, you all tak bagi training kat dia dulu ke? Ye la, tengok dia pun macam remaja lagi. Nasib baik Kris bole perbesarkan lagi, lapis-lapiskan lagi watak (macam kek) yang dijelaskannya yang tak seberapa itu. Kesian budak itu juga, tak bagi training kat dia dah disuruh buat casting. Isyk, isyk, patutla ramai orang yang tak profesional bole masuk industri ini noh? Jika tak tau, daftar diri masuk Kursus Latihan Artis kita ni. Jika bakat baru, pasti akan keliru dengan apa casting person cakap tu. Mula-mula kena berlakon sebagai hairdresser, pastu kena jadi pelanggan dia dan macam-macam lagi. Dia tahu la Kris ni pelakon versatil, tapi dia tamak nak Kris cuba semua watak yang ada. Penat...

Sedap sangat sampai sedih bila habis
Lepas selesai ujibakat, perut Kris ni pun macam nak makan. Kena ingat, bila bangun pagi, mesti cepat-cepat makan, jangan tunggu lama-lama untuk makan. Baru tak rasa "moody". Kris bila nak cuba benda baru untuk makan, banyak fikir juga. Ye la, bila dah order tak bole tarik balik tau, lagipun kerja artis ini gaji kita bukan selalu masuk. Nasib baik la kek cokelat putih dengan kacang makadamia ni SEDAP! Berbaloi la. Mmmm, kat "dinding" luar kek tu lagi sedap! (tengok gambar kedua) Macam susu pekat manis, tapi jenis yang teramat sedap tu. Wow...Sampai sedih hati bila hampir nak habis kek tu. Lazuwat. SATUmalaysia