Thursday, February 12, 2009

"Takut tak bererti"



Kris ramai kawan melayu,
Sesetengah Kris jemput ke rumah,
Ada yang berani, ada yang kaku,
Sebab sekitar jiran anjing dipelihara.

Yang berani datang, bole dikira tangan,
Satu alim orangnya bernama Haji,
Sama saya jalan lambat sambil puji Tuhan,
Bila nampak anjing, cepatnya lari!

Awek jelita dijemput rasa hairan,
Wajahnya ayu, tak sabar dibawa ke rumah,
Waktu malam Kris bawa berjalan,
Nampak anjing, lenyap dia entah ke mana!

Yang tak disenangi juga dibawa ke rumah lewat,
Rasa nak kenakan sebab sombong,
Besarnya cakap pasal dirinya hebat,
Nampak anjing, lekas ke kereta berkongkong.

Laki miang dibawa balik juga,
Asyik pegang sana sini entah takde erti,
Nak marah dia pun hilang daya,
Dihadap mukanya ke anjing terus berhenti.

Sekian, kawan-kawan Melayu yang disayangi,
Anjing ciptaan makhluk Tuhan ilahi,
Tiada salah berdamping erat di sisi,
Semuanya bersih, suci di hati.